~ No matter how far apart we are, this heart insyaAllah won't change. ~

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Monday, September 27, 2010

Survey Hall

Posted in by wani | Edit
 
tengah survey hall for wedding reception sekitar selangor, kuala lumpur dan putrajaya.
kalau boleh biarlah ada aircond, parking luas, ada surau dan toilet yang bersih.

setakat ni aku tengah usha dua hall kat putrajaya berhadapan dengan palace of justice tak silap:
1) dewan seri siantan
2) dewan sri melati

gambar dari [sini]

ok tak hall ni?
huhu.

ada suggestion lain tak?
blur.
=.='

Thursday, September 2, 2010

Review: Make Up, Tudung dan Veil, Outfit

Posted in , by wani | Edit

jom start dengan make up.
saya telah di make up oleh kak anis!
dia part-timer team seindahwajah.

kak anis sangat baikkkkkkkk!
pastu dia sangat consider pendapat saya.
tak nak cukur kening, dia ikut.
dia berjaya besarkan mata saya yang sepet.
kak anis, thank you soooo much!

 belog kak anis: http://anisft.blogspot.com/
facebook search: anis finesse touch
tel no: 0122456873

tudung dan veil pula dari kak hawa koleksi vispera.
ya Allah, akak yang ni pon saaaaaaaangatlah baik dan sangat bersabar dengan saya.
dan dia berjaya buat tudung yang best.
da la tak pernah pakai tudung yang berawning.
kak hawa, thank youuuuu very much!

website koleksi vispera: http://koleksivispera.blogspot.com/
digalakkan berkomunikasi melalui email.
jangan risau sebab kak hawa sangat cepat reply mesej.

dan yang terakhir adalah outfit.
thank you untuk kak sabrina.
terinspirasi dari baju nikah dia.

kain beli kat jakel, shah alam.
tempah kat butik massella.
mula-mula takut baju tak jadi tapi mashaAllah baju saaaaangat puas hati.
jahitan kemas, harga best, siap dalam tempoh yang dijanjikan.

website butik ni tak hapdet.
so, digalakkan terus ke butik kat plaza alam sentral, shah alam.

ok.
tu je!
=D

*tiba tiba terasa nak guna ganti diri saya la pulak ekeke*

Monday, August 30, 2010

Shoes Story

Posted in by wani | Edit

shoes story can be found [here]
-cinderella is living proof that a pair of shoes can change your life-

seriously, banyak kasut yang cun-cun!

salah satunya adalah sweet japanese ribbon wedges kat bawah ni.
simple tapi saya sangat sooooooooka!

blue fiwit!

pink u'ols!

and lastly, beige bebeh!

so, siapa rasa takde kasut raya lagi, boleh la usha [sini]!
heeeeee.

Thursday, August 26, 2010

Review: Mini Pelamin

Posted in , by wani | Edit

mini pelamin dan arabian canopy dari bridal yang sama.
dapat harga murah sebab aku pergi masa tengah promosi.
alhamdulillah.



untuk mereka yang berada disekitar johor bahru:

1) ANH bridal

2) jendela impian

personally, aku sangat lah recommend jendela impian.
=D

Monday, August 23, 2010

Review: Hantaran

Posted in , by wani | Edit


hantaran.
silver: dari aku untuk dia.
pink: dari dia untuk aku.


tujuh dulang dari pihak aku:
1) sirih junjung
2) kek
3) pulut kuning
4) kemeja dan tie
5) perfume
6) wallet dan belt
7) manisan: kismis, aprikot, kiwi dan kurma

dulang, alas dulang dan bakul silver beli dekat semua house, jalan tar.
gubahan hantaran dan hiasan bunga kristal oleh auntie murni, keramat au4.


Wednesday, August 4, 2010

Kad Jemputan

Posted in by wani | Edit

maaf.
sejak sebulan dua kebelakangan ni sempat jenguk belog yang lain tanpa meninggalkan jejak.
masa betul-betul jeles dengan aku.
insyaAllah lepas ni janji tak buat lagi.
heh!

jom cerita secara ringkas mengenai jemputan.
nak buat kad jemputan untuk tunang, aku takde budget.
datang idea bilamana tengok eah create event kat facebook untuk jemput kawan-kawan.
jimat da kat situ.
ekeke.
persoalannya, aku tak hebat untuk buat kerja edit-mengedit ni then upload kat event.
fikir punya fikir.
ahaaaaa!
minta tolong rina buatkan.
haha.

simple tapi aku sukaaaaaa!


terima kasih, rina!
=D

rasa-rasa nak cuci mata tengok baju cantik-cantik, klik sini!
rina punya kedai secara online.
sempat promote.
ekeke.
;)

Tuesday, August 3, 2010

Raikan Cinta

Posted in by wani | Edit

31 julai 2010.
alhamdulillah.
semua berjalan dengan sangat lancar.

untuk mak, abah, adik-adik, saudara mara dari penang dan kelantan, keluarga tunang dari terengganu, kawan-kawan, dan tunang yang disayangi; 
TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA!

gambar masih kat photographer!   
:)

all the hantarans from me to him and the mini pelamin!

mak, thank you for everything. =')

Wednesday, July 21, 2010

Kek Tunang

Posted in by wani | Edit

10 hari je lagi. kejap je masa berlalu, kan?

90% done. phew! satu kelegaan yang nyata. sampai demam-demam dibuatnya. haha.

  • baju aku dan man - DONE
  • tudung dan veil - DONE
  • make up - DONE
  • mini pelamin - DONE
  • photographer - DONE
  • caterer dan canopy - DONE
  • goodies bag - DONE
  • hand bouquet - 30 julai
  • hantaran - DONE kecuali kek
  • homestay untuk family terengganu - DONE
  • penginapan untuk saudara mara dan kawan-kawan - DONE 

sekarang problem aku adalah kek. aku ada usha kat secret recipe jusco taman universiti. sekali depa kata kat area johor takde kek yang aku nak. waaaaaa. depa kata kek tu hanya ada kat klang valley area and singapore!


samada pergi ke jusco wangsa maju dan request untuk depa hantar kek ke johor atau aku sendiri yang kena angkut dari kl dan bawa balik johor sehari sebelum majlis. silap hari bulan depa takde buat service delivery. mati mati. adeh. ngeri siot.

ada suggestion tak untuk kek? seriously sangat buntu!

Wednesday, July 7, 2010

The New Arrival

Posted in by wani | Edit


mak busy nokkk.
gigih siapkan report law attachment programme sambil kemas rumah.
=.='

new update!

1) tudung dan veil - da jumpa kak hawa (koleksi vispera). yey! insyaAllah tudung dan veil siap next week.
2) dais - da bayar deposit. duduk atas bantal menjadi pilihan.
3) photographer - done! terpaksa lepaskan white signature. newlyweds, selamat bekerjasama! 
4) caterer dan canopy - canopy termasuk dais. selesai.
5) goodies bag - sabtu ni kat kl.
6) dulang hantaran dan kain alas - sabtu ni kat kl.
7) hantaran - almost done! banyak mak da beli kat us. ehehe.

 boleh tak sekarang consider 70% done?
sedikit lega sebab da nak naik semester.
ni pun terkejar-kejar macam hape je.
fuh fuh!

dan alhamdulillah.
sangat bersyukur masih ada mak dan adik-adik yang sangat membantu.
*senyum*

oh ya!
esok nak melawat 'the new arrival'.
kawan lama sejak sekolah rendah da selamat lahirkan baby boy.
ada suggestion tak nak bagi buah tangan apa selain baju, baju dan baju?
serious blur nak bagi apa.
ehehe.

Thursday, July 1, 2010

Senarai

Posted in by wani | Edit

dua puluh sembilan hari sahaja lagi??
aaaaaaaaaaaa!
*sebenarnya eksited haha*

some quick updates:
  • baju + sampin [man] - done
  • baju [aku] - done
  • tudung + veil aku - 11 julai 2010
  • make up - done (deposit)
  • dais - pending
  • photographer - pending (either white signature or newlyweds)
  • caterer - pending (mak + abah)
  • goodies bag - pending (makcik)
  • hand bouquet - pending
  • hantaran + dulang + kain alas - pending (20% done)
    • sirih junjung
    • pulut kuning
    • kurma + kismis + buah tin
    • buah-buahan
    • kemeja + tie - done
    • wallet + belt - done
    • perfume

haha.
banyak gila yang belum setel, kan?
esok hari terakhir prektikal.
lepas tu cuti seminggu sebelum semester baru bermula.
harap-harap dapat selesaikan selebihnya kat rumah jb.
dan nak kena kemas rumah secara besar-besaran.

jom berusaha! 
=D


Tuesday, June 29, 2010

Baju Lagi

Posted in , by wani | Edit

nak update pasal baju aku lak. hihi.

sepatutnya baju siap last week.
aku lupa lak aku buat dua kain sebab ada kain lebih.
so, siap lambat sikit.

nak dijadikan cerita, baju siap sabtu lepas.
kebetulan abah ada kat kl.
man pun da balik malaysia.
kami bertiga gigih ke shah alam.

mulut da potpet macam nenek tua.
cuak baju tak jadi bagai.
hahaha.

masuk butik dengan kaki kanan.
dupdap dupdap.

bila owner butik bawak keluar baju, terus aku melompat. haha. 
GUMBIRA!

terus eksited nak fitting.
mula-mula macam tak muat sebab err.
sebab berat bertambah. haha.

alhamdulillah.
puas hati.
sesuai dengan budget.
ekekeke.

balik rumah terus simpan.
bahaya.
nanti aku tarik bawak tidur sekali.
haha.

nah gambar versi kedekut. ekeke.

Thursday, June 17, 2010

Baju Melayu

Posted in by wani | Edit

alhamdulillah.
baju man da siap.
butik call hari ahad lepas suruh amik.

mak sempat tengok baju man sebelum mak ke us.
mak cakap lawa.
jahitan kemas.
puas hati.

well, aku nak recommend butik omar ali.
klik [sini] untuk tahu lebih lanjut pasal butik ni.
kualiti ok, harga ok, layanan ok, ketepatan masa pon ok.

butik ni ada tiga cawangan:

1) Main Office
Corporate Headquarters
No 37 Jalan Raja Mahmud,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur.
Tel: (03) 2694 4849/40
Fax: (03) 2694 6605
E-mail: info@omarali.com, azizah@omarali.com.my

2) Wisma Yakin
13 & 19 Wisma Yakin,
Jalan Masjid India,
50100 Kuala Lumpur.
Tel: (03) 2693 0313
Fax: (03) 2694 6605
E-mail: info@omarali.com.my, oahsb@tm.net.my

3) Alamanda Branch
LG35, Lower Ground,
Alamanda Putrajaya Shopping Centre,
62000, Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Tel: (03) 8889 4506

aku hantar baju man kat butik omar ali cawangan alamanda.
kalau ada sesiapa yang masih blur kat mana nak buat baju melayu yang best, pergi la ke butik omar ali.
:)
Monday, June 14, 2010

Gembira!

Posted in by wani | Edit



11 jun 2010.
officially, i'm taken!
weeeee.

alhamdulillah.
majlis merisik berjalan dengan lancar dalam keadaan sederhana.
sekarang baru berani nak declare kat public, 'in a relationship'.
kiki.

tarikh tunang da dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
so, da leh start countdown.
yey!


31 julai 2010.
here we go!
=D

Daisypath Wedding tickers
Wednesday, June 2, 2010

Selamatkan

Posted in by wani | Edit
gambar: incik google

atas nama agama dan misi kemanusiaan
ya Allah, permudahkanlah perjalanan mereka ke gaza.
ameen.
Tuesday, June 1, 2010

Baju oh Baju

Posted in , by wani | Edit

semalam ke butik omar ali alamanda.
baju insyaAllah siap 16 jun.
tapi aku request nak amik 26 jun sebab man balik malaysia 25 jun.
senang kalau dia ada.
boleh terus cuba.

baju aku pulak insyaAllah siap 17 jun.
da banyak kali aku mimpi ngeri pasal baju aku.
adeh.
harap sangat baju tu ok.
ameen.

hantaran tak setel lagi.
0%.
hehe.
insyaAllah 26 jun da boleh start.

tak banyak progress.
ok la kan.
setel mana yang boleh.

weekend ni kawan aku nak bertunang.
balik jb.
yey!

eah, selamat bertunang aku ucapkan.
weeeee.
:)
Friday, May 28, 2010

Mimpi Ngeri Siot

Posted in , by wani | Edit

perkara wajib yang akan dibuat bila cuti. 
lepas semayang subuh, sambung tidur.
hehe.

lepas tu mimpi.
mimpi baju TAK JADI.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

takut siot.
mimpi awal pagi, mimpi betul ke?
ke aku terlampau pikir?
 T.T

Monday, May 24, 2010

Selamat Pulang

Posted in by wani | Edit

ulsan-seoul-kuala lumpur (klia) - dia.

puchong-putrajaya-klia - aku.

30 hari lagi.

welcome home incik kekasih!

*senyum*

p/s: aku lagi eksited hitung tarikh dia balik malaysia dari hitung tarikh nak tunang, kot. hihi.

Wednesday, May 19, 2010

Kain Pelikat Lalala

Posted in , by wani | Edit
warna baju aku.

sedikit mengelat sebab baju belum siap.
harap-harap baju menjadi.
ameen.

budget baju lari sekali ganda.
tapi mak kata takpe.
sebab mak memang niat nak bagi sampin songket kat man.
alhamdulillah sampai jugak hajat mak.

dan alhamdulillah juga sebab aku jumpa warna yang aku nak.
terus cari lining, kain baju melayu man termasuk songket.
tak sampai dua jam semua selesai.
alhamdulillah.

esoknya terus hantar ke butik untuk buat.
dan sekarang ni tengah proceed untuk veil dan tudung.
harap-harap dipermudahkan semua insyaAllah.

baju siap sebelum man balik malaysia.
kalau boleh nak dia try kat butik.
mana tahu ada yang kena ubah ke.
tengok la macam mana nanti.

mana tak tekanan.
nak buat keputusan susah sebab dia jauh.
part hantaran je nanti baru leh setel sama-sama.

tapi takpe.
mak, abah, adik-adik, family man, kawan-kawan banyak gila membantu.
nasib baik nak buat preparation tunang je.
kalau nak buat preparation kahwin macam ni, aku sempat gila dulu kot.
ekeke.

ya Allah, tak sabarnya nak tunggu 25 jun.

Tuesday, May 18, 2010

Normal Ke?

Posted in by wani | Edit



 some quick updates:

  1. tarikh - insyaAllah 31/7/10
  2. beli kain + lining [aku] - done.
  3. beli kain + sampin [man] - done.
  4. hantar ke butik massella alam sentral [aku] - done. 17/6/10
  5. hantar ke butik omar ali alamanda [man] - done. 17/6/10
  6. tudung + veil [aku] - pending. 18/6/10
  7. venue [jb/kl] - masih dalam perbincangan.
  8. make up - pending sebab venue pending.
  9. mini pelamin - pending sebab venue pending.
  10. goodies bag - mak dan makcik.
  11. menu/caterer - pending sebab venue pending.
  12. hantaran - pending sebab tunggu man balik malaysia. 25/6/10
  13. dulang + alas dulang - mak.
  14. photographer - pending sebab venue pending.
  15. hand bouquet - 30/7/10


phew!
yang ni je yang aku sempat ingat,
yang terlintas kat kepala.
budget baju memang lari.
da tak mampu nak kejar.

pending, pending, pending.
semua sebab venue.
kesian abah da serba salah.

lagi satu.
aku tengah kerisauan.
siapa tahu pasal butik massella plaza alam sentral, shah alam?
butik ni ok tak?
meh share dengan aku.

aku hantar baju kat sana.
tak tahu kenapa tak sedap hati.
ke perasaan ni normal?

minta-minta dipermudahkan segala usaha.
dan harap-harap sangat butik ni mampu buat baju yang mabeles dan gojes.
cuak gila.
kasut sekadar gambar hiasan.
ihsan mr google.
Monday, May 17, 2010

Direktori Perkahwinan

Posted in by wani | Edit

direktori perkahwinan.

cover direktori perkahwinan - datuk dr. sheikh muszaphar shukor sheikh mustapha dan tunang beliau dr. halina mohd. yunos.

bahan bacaan setebal 256 muka surat itu memberi tumpuan pada himpunan koleksi andaman, fesyen, aksesori dan hiasan serta senarai direktori kelengkapan perkahwinan dengan susunan reka letak dan persembahan muka depan yang segar dan eksklusif.
majalah yang dijual pada harga RM29.90 senaskhah itu telah berada di semua rangkaian kedai-kedai buku terkemuka di seluruh negara.

sumber: kosmo online.
Monday, May 3, 2010

Tempahan Baju

Posted in by wani | Edit


dua hari lepas aku pergi dua tempat. satu tempat sebab nak usha kain. satu lagi tempat sebab nak jumpa dengan tukang jahit/pereka fesyen. aku dapat banyak tip dan pengalaman. aku pergi sendiri ke butik udaimatunnur. HIGHLY RECOMMENDED. butik ni tawar perkhidmatan untuk wanita bertudung. bila aku caps lock itu bermakna aku serious. heh!



pengalaman aku dua hari lepas:

  1. JANGAN beli kain lagi. perkara paling penting sekali.

  2. pilih rekaan yang dikehendaki. rujuk majalah-majalah dan layari internet. banyak idea kat situ. pilih beberapa rekaan supaya senang nak buat pilihan.

  3. rujuk kepada siapa yang hendak jahit kain kamu (tukang jahit/pereka fesyen). buat temujanji dan jumpa.

  4. duduk berbincang dengan tukang jahit/pereka fesyen pilihan kamu. ambil seberapa banyak masa untuk berbincang. sila berbincang berkenaan:

    • rekaan yang kamu mahu (samada sesuai atau tak untuk kamu). sesuai merangkumi warna kulit dan ketinggian. tinggi 145 cm tapi kamu kain meleret-leret. sesuai ke tidak? adakah kamu akan nampak lebih tinggi atau semakin rendah?

    • warna sesuai untuk kain. ambil kira juga warna kulit kamu dan pasangan.

    • ukuran kain yang sesuai. sebab tu aku cadang jangan beli kain lagi dari mula. kamu beli cukup-cukup 5 meter tapi sebenarnya rekaan baju kamu memerlukan lebih dari 5 meter. rugi tak kat situ? elakkan berlaku pembaziran.

    • jenis kain yang sesuai dengan rekaan yang kamu nak. kadang-kadang kamu nak design macam A tapi kain tak sesuai. kat sini, kena rajin bertanya kepada tukang jahit/pereka fesyen.

    • bagi yang bertudung, minta pandangan tukang jahit/pereka fesyen berkenaan design yang sesuai untuk kamu. merangkumi bentuk muka dan cara pemakaian tudung.

    • veil. baju da sarat, tudung pun sama. so, veil jangan sarat juga. orang tengok pun jadi serabut.

    • bincang pasal kos. kena ingat, ada dua kos yang kamu kena fikir. pertama, kos beli kain termasuk lining, lace, veil dan tudung). kedua, kos buat/tempah baju.

    • tanya berkenaan dengan trial session. benda ni penting sebab mana tahu last minute nak kena alter bagai.

  5. sila bawa rakan-rakan kamu. sebab biasanya mereka sangat membantu.

  6. berbincang dengan pasangan.

aku harap tip-tip ni membantu. :)
Tuesday, April 27, 2010

Majalah

Posted in by wani | Edit

selama ni aku duk layan ujang, gempak, apo, dan komik-komik jepun macam hot gimmick.

tapi sejak da besar konon-kononnya ni, aku kena paksa diri baca bahan-bahan yang sedikit berat.
wah gitu!

nona keluaran april 2010 edisi khas perkahwinan.

fuh!
aku hampir terlepas nona edisi khas perkahwinan.
satu benda aku nak kongsi tentang kebaikan serta kepentingan mengumpul majalah-majalah perkahwinan
yang aku dapat dari jovian mandagie kat dalam majalah nona edisi khas perkahwinan:

jovian kata, "kesilapan pasangan pengantin yang lazim dilakukan ialah menyerahkan semua idea dan konsep di
tangan pereka. apa kata gunakan tip ini sebagai panduan."

1) kumpul seberapa banyak majalah pengantin sebagai rujukan.
2) gunting apa sahaja rekaan yang anda suka.
3) sediakan sebuah buku untuk anda lekatkan semua gambar yang menjadi pilihan.
4) scrap book inilah yang perlu anda bawa kepada pereka atau wedding planner sebagai rujukan supaya mudah untuk wedding planner mengetahui apa sebenarnya yang anda inginkan. tidak semua pereka atau wedding planner mampu membaca segala yang terkandung dalam kotak fikiran anda.
5) bekerjasama bersama pereka. bukan membiarkan pereka menentukan segalanya.
6) pereka adalah penasihat dalam memastikan impian anda menjadi kenyataan. at the end of the day, this is your wedding not the designers!

jovian ada juga bagi sedikit tip untuk wanita yang bertudung:

1) jangan memilih warna yang terlalu flamboyant atau berwarna warni.
2) rekaan perlu sederhana dan tidak terlalu sarat.
3) pilih rekaan yang menampilkan elegant dan tampak sopan.
4) cuba bereksperimentasi dengan gaya tudung.
5) fabrik yang sesuai: french lace, italian ciffon, ciffon silk dan duchess satin.

aku harap entry ni membantu.
selamat mencuba!
hihi.

Thursday, April 22, 2010

Baju Kurung Moden

Posted in , by wani | Edit

been busy with law attachment programme.
bangun pukul 6 pagi.
pukul 7 pagi da keluar rumah.
bersesak-sesak kat putrajaya.
fuh!

kali ni aku nak share pasal baju.
sekarang ni sambil busy buat kerja, aku curi-curi survey kain.
aku ada jumpa satu yang bekenan kat hati.
tapi mak aku tak berapa setuju beli kain melalui internet.
so, nak puaskan hati sendiri dan mak, insyaAllah aku pergi kedai tu next week.

aku nak buat baju kurung moden.
at least, raya boleh guna.
takde la pakai sekali tu je.

kenapa tak sewa je baju?
sebab baju ni ada nilai sentimental untuk dikenang.
harap-harap, bertunang ni sekali seumur hidup.

jom layan gambar, k.


sis sabrina dengan baju kurung moden potongan mermaid, kot.
aku sukaaaaa design baju ni.


lawa kan kain dia?
suka juga!


pilihan pertama, kot.
heh!


yang ni pilihan kedua.

lepas ni nak kena cari tudung, lace, lining.
baju man pun belum setel.
nak pergi tempah lagi.
fuh fuh.
minta dipermudahkan segala urusan.
ameen.

sumber: sini dan sini.

p/s: kalau la da keje kan best. leh beli guna duit sendiri. =.='

Tuesday, April 13, 2010

Merah Jambu dan Kelabu

Posted in , by wani | Edit

ada yang keliru dengan kombinasi pink dan grey eh?
aku da agak.
takpe takpe.
meh layan gambar-gambar berkaitan dengan kombinasi dua warna ni untuk pemahaman yang lebih jelas. 
ok?
heh!

gambar ruang tamu ni guna kombinasi pink dan kelabu. soft je kan? ruang pun nampak luas.

 gambar ni kombinasi pink dan grey tapi tak berapa soft sangat but still nice. 
ok. kelabu mendominasi.

sila fokus kepada warna bukan baju serta model ya. kiki.

ada banyak jenis kelabu kan? belah kiri adalah warm grey mixed with 6% yellow. yang kanan lak, cool grey mixed with 6% blue. ok. aku lebih bekenan dengan cool grey. heh!

haaaaaaaaaaaaaaaaa. aku bekenan gila dengan warna baju derang. lawa kan?

semua gambar kat atas aku dapat kat sini, sini, sini, sini dan sini. kalau ada yang terlepas pandang, sorry ya!

so, da nampak apa yang aku cuba sampaikan pasal kombinasi dua warna ni kan? kenapa aku jadikan kelabu sebagai warna asas? sebab aku nak baju warna kelabu. kalau ada mini pelamin, kat situ aku baru main dengan warna pink. aku akan hias dengan menggunakan menggunakan bunga-bunga yang berwarna pink dan kelabu. macam tu juga pada hantaran. aku akan main dengan dua warna ni. 

aku nak warna yang sweet dan tak garang. lawa je nak combine hijau/purple atau hitam/merah. tapi macam garang sangat lak nanti. tak kesahlah kan. citarasa masing-masing. ni semua perancangan. masih tertakluk pada perubahan.


masa prektikal dan cuti akan aku manfaatkan sebaiknya.
haha!

Monday, April 12, 2010

Warna

Posted in , by wani | Edit

aku tengah pikir pasal warna tema. kalau boleh nak buat pink dengan kelabu belah aku. belah man biru dengan kelabu. bila sebut kelabu, ramai duk pikir kelabu asap tu kan? oh no no no. hihi. ni kelabu tak berapa nak berasap. kelabu yang soft gitu-gitu.


nampak? kelabu ada banyak jenis. so, aku nak kelabu sebagai warna asas. putih dengan krim da selalu sangat. heh!


biru belah lelaki. biru dan kelabu. tu plan asal. tak tahu lah kalau berubah lepas ni. ni pun tak decide biru yang macam mana.


pink sinonim dengan perempuan. mak sendiri cadang warna pink untuk aku walaupun aku rasa aku tak sesuai dengan pink. tapi ikut je lah. so, pink setakat ni belah aku. pink dan kelabu. dan seperti biru, aku belum decide nak pink yang macam mana.

setakat ni, ni warna-warna yang ada dalam kepala hotak aku. masih tertakluk pada perubahan kot. actually, aku da start serabut. yelah. baru je habis final, nak kena prektikal. esok start. dan dalam masa sama, aku serabut dengan benda-benda ni.

kan best kalau ada duit sendiri. boleh start terus. =.='

Tuesday, March 30, 2010

Dialah Dihati

Posted in by wani | Edit

"seumpama naskah yang terbuka
sesungguhnya tiada rahsia
bacalah kenalilah
dengan bijaksana
siapa aku yang sebenar

kendati selautan segunung permata
di kanan dan kiri
selagi jantungku berdegup
hingga tiba saat terhenti
dialah dihati."


aku create belog ni bukan untuk tatapan generasi selepas aku. da tak relevan kot aku rasa kalau generasi lepas aku nak baca. haha. sekadar ingin berkongsi cerita dan rasa yang tak seberapa. aku bukan berjiwa seni, aku bukan orang halus. malah aku tak kreatif. cuma sekadar picisan suka-suka dari aku.

enjoy reading, k.

*senyum*

Sunday, March 28, 2010

Buku Merah

Posted in , by wani | Edit

insyaAllah lepas 8 april, belog ni akan aktif.
bagi aku habiskan final exam aku dulu, k.*kenyit mata*
lepas tu kita share macam-macam dalam belog ni sampai lebam.

yang pasti, segala benda ada aku catat dalam ini. *senyum*


hehe.
aku tak reti nak berdiari.
sumpah.
dalam ni penuh dengan kata-kata best dengan lirik lagu.
tu je.

macam kawan aku, lepak je buat list dalam excel.
cool kan??
ikut keselesaan masing-masing.
nanti aku share apa aku tulis dalam buku merah ni eh.


p/s: aku tak reti berdiari sebab nanti aku terlebih syok sendiri. kiki.

Sunday, February 21, 2010

Langkah Pertama

Posted in by wani | Edit


nak tahu macam mana agaknya keadaan bila seorang-student-sepatutnya-belajar-tapi-tersebok-hal-kahwin?
kat sini ada jawapan.

aku cuba kongsikan, aku cuba coretkan.
:)