~ No matter how far apart we are, this heart insyaAllah won't change. ~

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Tuesday, April 27, 2010

Majalah

Posted in by wani | Edit

selama ni aku duk layan ujang, gempak, apo, dan komik-komik jepun macam hot gimmick.

tapi sejak da besar konon-kononnya ni, aku kena paksa diri baca bahan-bahan yang sedikit berat.
wah gitu!

nona keluaran april 2010 edisi khas perkahwinan.

fuh!
aku hampir terlepas nona edisi khas perkahwinan.
satu benda aku nak kongsi tentang kebaikan serta kepentingan mengumpul majalah-majalah perkahwinan
yang aku dapat dari jovian mandagie kat dalam majalah nona edisi khas perkahwinan:

jovian kata, "kesilapan pasangan pengantin yang lazim dilakukan ialah menyerahkan semua idea dan konsep di
tangan pereka. apa kata gunakan tip ini sebagai panduan."

1) kumpul seberapa banyak majalah pengantin sebagai rujukan.
2) gunting apa sahaja rekaan yang anda suka.
3) sediakan sebuah buku untuk anda lekatkan semua gambar yang menjadi pilihan.
4) scrap book inilah yang perlu anda bawa kepada pereka atau wedding planner sebagai rujukan supaya mudah untuk wedding planner mengetahui apa sebenarnya yang anda inginkan. tidak semua pereka atau wedding planner mampu membaca segala yang terkandung dalam kotak fikiran anda.
5) bekerjasama bersama pereka. bukan membiarkan pereka menentukan segalanya.
6) pereka adalah penasihat dalam memastikan impian anda menjadi kenyataan. at the end of the day, this is your wedding not the designers!

jovian ada juga bagi sedikit tip untuk wanita yang bertudung:

1) jangan memilih warna yang terlalu flamboyant atau berwarna warni.
2) rekaan perlu sederhana dan tidak terlalu sarat.
3) pilih rekaan yang menampilkan elegant dan tampak sopan.
4) cuba bereksperimentasi dengan gaya tudung.
5) fabrik yang sesuai: french lace, italian ciffon, ciffon silk dan duchess satin.

aku harap entry ni membantu.
selamat mencuba!
hihi.

Thursday, April 22, 2010

Baju Kurung Moden

Posted in , by wani | Edit

been busy with law attachment programme.
bangun pukul 6 pagi.
pukul 7 pagi da keluar rumah.
bersesak-sesak kat putrajaya.
fuh!

kali ni aku nak share pasal baju.
sekarang ni sambil busy buat kerja, aku curi-curi survey kain.
aku ada jumpa satu yang bekenan kat hati.
tapi mak aku tak berapa setuju beli kain melalui internet.
so, nak puaskan hati sendiri dan mak, insyaAllah aku pergi kedai tu next week.

aku nak buat baju kurung moden.
at least, raya boleh guna.
takde la pakai sekali tu je.

kenapa tak sewa je baju?
sebab baju ni ada nilai sentimental untuk dikenang.
harap-harap, bertunang ni sekali seumur hidup.

jom layan gambar, k.


sis sabrina dengan baju kurung moden potongan mermaid, kot.
aku sukaaaaa design baju ni.


lawa kan kain dia?
suka juga!


pilihan pertama, kot.
heh!


yang ni pilihan kedua.

lepas ni nak kena cari tudung, lace, lining.
baju man pun belum setel.
nak pergi tempah lagi.
fuh fuh.
minta dipermudahkan segala urusan.
ameen.

sumber: sini dan sini.

p/s: kalau la da keje kan best. leh beli guna duit sendiri. =.='

Tuesday, April 13, 2010

Merah Jambu dan Kelabu

Posted in , by wani | Edit

ada yang keliru dengan kombinasi pink dan grey eh?
aku da agak.
takpe takpe.
meh layan gambar-gambar berkaitan dengan kombinasi dua warna ni untuk pemahaman yang lebih jelas. 
ok?
heh!

gambar ruang tamu ni guna kombinasi pink dan kelabu. soft je kan? ruang pun nampak luas.

 gambar ni kombinasi pink dan grey tapi tak berapa soft sangat but still nice. 
ok. kelabu mendominasi.

sila fokus kepada warna bukan baju serta model ya. kiki.

ada banyak jenis kelabu kan? belah kiri adalah warm grey mixed with 6% yellow. yang kanan lak, cool grey mixed with 6% blue. ok. aku lebih bekenan dengan cool grey. heh!

haaaaaaaaaaaaaaaaa. aku bekenan gila dengan warna baju derang. lawa kan?

semua gambar kat atas aku dapat kat sini, sini, sini, sini dan sini. kalau ada yang terlepas pandang, sorry ya!

so, da nampak apa yang aku cuba sampaikan pasal kombinasi dua warna ni kan? kenapa aku jadikan kelabu sebagai warna asas? sebab aku nak baju warna kelabu. kalau ada mini pelamin, kat situ aku baru main dengan warna pink. aku akan hias dengan menggunakan menggunakan bunga-bunga yang berwarna pink dan kelabu. macam tu juga pada hantaran. aku akan main dengan dua warna ni. 

aku nak warna yang sweet dan tak garang. lawa je nak combine hijau/purple atau hitam/merah. tapi macam garang sangat lak nanti. tak kesahlah kan. citarasa masing-masing. ni semua perancangan. masih tertakluk pada perubahan.


masa prektikal dan cuti akan aku manfaatkan sebaiknya.
haha!

Monday, April 12, 2010

Warna

Posted in , by wani | Edit

aku tengah pikir pasal warna tema. kalau boleh nak buat pink dengan kelabu belah aku. belah man biru dengan kelabu. bila sebut kelabu, ramai duk pikir kelabu asap tu kan? oh no no no. hihi. ni kelabu tak berapa nak berasap. kelabu yang soft gitu-gitu.


nampak? kelabu ada banyak jenis. so, aku nak kelabu sebagai warna asas. putih dengan krim da selalu sangat. heh!


biru belah lelaki. biru dan kelabu. tu plan asal. tak tahu lah kalau berubah lepas ni. ni pun tak decide biru yang macam mana.


pink sinonim dengan perempuan. mak sendiri cadang warna pink untuk aku walaupun aku rasa aku tak sesuai dengan pink. tapi ikut je lah. so, pink setakat ni belah aku. pink dan kelabu. dan seperti biru, aku belum decide nak pink yang macam mana.

setakat ni, ni warna-warna yang ada dalam kepala hotak aku. masih tertakluk pada perubahan kot. actually, aku da start serabut. yelah. baru je habis final, nak kena prektikal. esok start. dan dalam masa sama, aku serabut dengan benda-benda ni.

kan best kalau ada duit sendiri. boleh start terus. =.='