~ No matter how far apart we are, this heart insyaAllah won't change. ~

Tuesday, September 6, 2011

Niat

Posted in by wani | Edit




4 bulan, 3 minggu dan 2 hari.

kita mulakan dengan niat, "sahaja aku mendirikan masjid untuk mendapatkan keredhaan Allah."

semoga aku mampu elak daripada benda yang membawa kepada pembaziran.

dan semoga segala urusan dipermudahkan.

ameen.

Monday, April 4, 2011

Hatta Dolmat



pic: shafiq akmal (ministry of moment)

hatta dolmat: 5 stars project! 
mari start menabung!


pic: mr google.

Thursday, February 17, 2011

Korea Selatan


terbaca belog si kecil. dia tengah cari tempat untuk honeymoon.
untuk siapa siapa yang blur nak pergi mana untuk honeymoon, do consider south korea!

aku baru balik dari sana 2 minggu lepas sebab melawat tunang belajar sana.
serious, korea best gila! cuma sayang masa aku datang, suhu pernah cecah -15.
agak leceh bila nak berjalan sebab sejuk nak mati.
agak agak kalau nak enjoy keindahan korea, datang la masa musim bunga atau luruh.

tapi cuma satu la. korea ni susah nak jumpa restoran halal kecuali kat area itaewon.
dan lagi satu, language barrier. aku harap kat tunang je nak communicate atau bargain harga. haha.
orang korea ada je yang boleh speaking english tapi susah nak paham.
dan lagi satu, kebanyakan signboard dalam bahasa korea.

agak agak kalau nak pegi sana, kalau rasa ada duit lebih, pegi la melalui travel agent.
tapi kalau nak adventure dan jimat, backpacker pon apa salahnya, kan?
buat sikit homework pasal korea, insyaAllah boleh survive.

insyaAllah ada rezeki, tahun depan lepas kahwin nak datang lagi.
kali ni musim bunga pulak.
sakura!

kat gwanghwamun. siapa layan cerita iris, sure tahu. hihi.


tunang, aku, angah, mak dan alang.


kami.
Tuesday, February 8, 2011

Warna Tema

Posted in by wani | Edit

da lama tak update apa apa. selama ni duk baca entry orang je.
maaf kalau ada yang komen tapi tak terbalas.
kalau nak lagi senang, contact kat email, k.
wani.muhammad@yahoo.com

alhamdulillah. da enam bulan bertunang.
perasaan makin lama makin stabil. haha. 
tunang da balik malaysia for good.
all the best, k.

semalam baru lepas bincang dengan tunang.
kemungkinan besar kami stick dengan rancangan asal.
nikah bulan desember.
kesian dia. dia kalau boleh nak buat bulan julai.
takpe. ada hikmah la tu nikah lambat. :)

so, aku nak start dulu dengan warna tema untuk belah aku.
since tarikh tetap belum dapat, tak bermakna tak boleh buat apa apa, kan?

tadi usha website the perfect palette.
buat setakat ni, aku berkenan dengan beberapa  kombinasi warna.

1) coral, chocolate brown dan ivory.

2) gold, peach, chocolate brown dan ivory.
 3) chocolate brown dan ivory.

4) blush pink dan chocolate brown.

5) teal dan chocolate brown.

chocolate brown adalah warna utama. cuma tak tahu nak match kan dengan warna apa lagi.
dalam banyak banyak, paling bekenan dengan kombinasi warna no 1.

tengok la macam mana.
berangan tu selalu je nak indah indah kan. haha.

Monday, September 27, 2010

Survey Hall

Posted in by wani | Edit
 
tengah survey hall for wedding reception sekitar selangor, kuala lumpur dan putrajaya.
kalau boleh biarlah ada aircond, parking luas, ada surau dan toilet yang bersih.

setakat ni aku tengah usha dua hall kat putrajaya berhadapan dengan palace of justice tak silap:
1) dewan seri siantan
2) dewan sri melati

gambar dari [sini]

ok tak hall ni?
huhu.

ada suggestion lain tak?
blur.
=.='

Thursday, September 2, 2010

Review: Make Up, Tudung dan Veil, Outfit

Posted in , by wani | Edit

jom start dengan make up.
saya telah di make up oleh kak anis!
dia part-timer team seindahwajah.

kak anis sangat baikkkkkkkk!
pastu dia sangat consider pendapat saya.
tak nak cukur kening, dia ikut.
dia berjaya besarkan mata saya yang sepet.
kak anis, thank you soooo much!

 belog kak anis: http://anisft.blogspot.com/
facebook search: anis finesse touch
tel no: 0122456873

tudung dan veil pula dari kak hawa koleksi vispera.
ya Allah, akak yang ni pon saaaaaaaangatlah baik dan sangat bersabar dengan saya.
dan dia berjaya buat tudung yang best.
da la tak pernah pakai tudung yang berawning.
kak hawa, thank youuuuu very much!

website koleksi vispera: http://koleksivispera.blogspot.com/
digalakkan berkomunikasi melalui email.
jangan risau sebab kak hawa sangat cepat reply mesej.

dan yang terakhir adalah outfit.
thank you untuk kak sabrina.
terinspirasi dari baju nikah dia.

kain beli kat jakel, shah alam.
tempah kat butik massella.
mula-mula takut baju tak jadi tapi mashaAllah baju saaaaangat puas hati.
jahitan kemas, harga best, siap dalam tempoh yang dijanjikan.

website butik ni tak hapdet.
so, digalakkan terus ke butik kat plaza alam sentral, shah alam.

ok.
tu je!
=D

*tiba tiba terasa nak guna ganti diri saya la pulak ekeke*

Monday, August 30, 2010

Shoes Story

Posted in by wani | Edit

shoes story can be found [here]
-cinderella is living proof that a pair of shoes can change your life-

seriously, banyak kasut yang cun-cun!

salah satunya adalah sweet japanese ribbon wedges kat bawah ni.
simple tapi saya sangat sooooooooka!

blue fiwit!

pink u'ols!

and lastly, beige bebeh!

so, siapa rasa takde kasut raya lagi, boleh la usha [sini]!
heeeeee.