~ No matter how far apart we are, this heart insyaAllah won't change. ~

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Monday, May 3, 2010

Tempahan Baju

Posted in by wani | Edit


dua hari lepas aku pergi dua tempat. satu tempat sebab nak usha kain. satu lagi tempat sebab nak jumpa dengan tukang jahit/pereka fesyen. aku dapat banyak tip dan pengalaman. aku pergi sendiri ke butik udaimatunnur. HIGHLY RECOMMENDED. butik ni tawar perkhidmatan untuk wanita bertudung. bila aku caps lock itu bermakna aku serious. heh!



pengalaman aku dua hari lepas:

  1. JANGAN beli kain lagi. perkara paling penting sekali.

  2. pilih rekaan yang dikehendaki. rujuk majalah-majalah dan layari internet. banyak idea kat situ. pilih beberapa rekaan supaya senang nak buat pilihan.

  3. rujuk kepada siapa yang hendak jahit kain kamu (tukang jahit/pereka fesyen). buat temujanji dan jumpa.

  4. duduk berbincang dengan tukang jahit/pereka fesyen pilihan kamu. ambil seberapa banyak masa untuk berbincang. sila berbincang berkenaan:

    • rekaan yang kamu mahu (samada sesuai atau tak untuk kamu). sesuai merangkumi warna kulit dan ketinggian. tinggi 145 cm tapi kamu kain meleret-leret. sesuai ke tidak? adakah kamu akan nampak lebih tinggi atau semakin rendah?

    • warna sesuai untuk kain. ambil kira juga warna kulit kamu dan pasangan.

    • ukuran kain yang sesuai. sebab tu aku cadang jangan beli kain lagi dari mula. kamu beli cukup-cukup 5 meter tapi sebenarnya rekaan baju kamu memerlukan lebih dari 5 meter. rugi tak kat situ? elakkan berlaku pembaziran.

    • jenis kain yang sesuai dengan rekaan yang kamu nak. kadang-kadang kamu nak design macam A tapi kain tak sesuai. kat sini, kena rajin bertanya kepada tukang jahit/pereka fesyen.

    • bagi yang bertudung, minta pandangan tukang jahit/pereka fesyen berkenaan design yang sesuai untuk kamu. merangkumi bentuk muka dan cara pemakaian tudung.

    • veil. baju da sarat, tudung pun sama. so, veil jangan sarat juga. orang tengok pun jadi serabut.

    • bincang pasal kos. kena ingat, ada dua kos yang kamu kena fikir. pertama, kos beli kain termasuk lining, lace, veil dan tudung). kedua, kos buat/tempah baju.

    • tanya berkenaan dengan trial session. benda ni penting sebab mana tahu last minute nak kena alter bagai.

  5. sila bawa rakan-rakan kamu. sebab biasanya mereka sangat membantu.

  6. berbincang dengan pasangan.

aku harap tip-tip ni membantu. :)

2 Comments


  1. poohcute says:

    mcm mne nk bincg ngn psgn if psgn kt seberang laot??? ngeh3.

    saje kasi tembak ko.. hope everytin dimudahkn utk ko. ;)

    May 3, 2010 at 10:35 PM

  2. wani says:

    ces.
    sebab tu aku letak perbincangan bersama pasangan kat no 6.
    bergantung kepada jarak dan situasi.
    aku setakat ni bincang dengan man pon melalui ym je.

    p/s: aku tiba-tiba rasa tak nak tunang. phew!

    May 4, 2010 at 9:43 AM