~ No matter how far apart we are, this heart insyaAllah won't change. ~

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Friday, May 28, 2010

Mimpi Ngeri Siot

Posted in , by wani | Edit

perkara wajib yang akan dibuat bila cuti. 
lepas semayang subuh, sambung tidur.
hehe.

lepas tu mimpi.
mimpi baju TAK JADI.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

takut siot.
mimpi awal pagi, mimpi betul ke?
ke aku terlampau pikir?
 T.T

Monday, May 24, 2010

Selamat Pulang

Posted in by wani | Edit

ulsan-seoul-kuala lumpur (klia) - dia.

puchong-putrajaya-klia - aku.

30 hari lagi.

welcome home incik kekasih!

*senyum*

p/s: aku lagi eksited hitung tarikh dia balik malaysia dari hitung tarikh nak tunang, kot. hihi.

Wednesday, May 19, 2010

Kain Pelikat Lalala

Posted in , by wani | Edit
warna baju aku.

sedikit mengelat sebab baju belum siap.
harap-harap baju menjadi.
ameen.

budget baju lari sekali ganda.
tapi mak kata takpe.
sebab mak memang niat nak bagi sampin songket kat man.
alhamdulillah sampai jugak hajat mak.

dan alhamdulillah juga sebab aku jumpa warna yang aku nak.
terus cari lining, kain baju melayu man termasuk songket.
tak sampai dua jam semua selesai.
alhamdulillah.

esoknya terus hantar ke butik untuk buat.
dan sekarang ni tengah proceed untuk veil dan tudung.
harap-harap dipermudahkan semua insyaAllah.

baju siap sebelum man balik malaysia.
kalau boleh nak dia try kat butik.
mana tahu ada yang kena ubah ke.
tengok la macam mana nanti.

mana tak tekanan.
nak buat keputusan susah sebab dia jauh.
part hantaran je nanti baru leh setel sama-sama.

tapi takpe.
mak, abah, adik-adik, family man, kawan-kawan banyak gila membantu.
nasib baik nak buat preparation tunang je.
kalau nak buat preparation kahwin macam ni, aku sempat gila dulu kot.
ekeke.

ya Allah, tak sabarnya nak tunggu 25 jun.

Tuesday, May 18, 2010

Normal Ke?

Posted in by wani | Edit



 some quick updates:

  1. tarikh - insyaAllah 31/7/10
  2. beli kain + lining [aku] - done.
  3. beli kain + sampin [man] - done.
  4. hantar ke butik massella alam sentral [aku] - done. 17/6/10
  5. hantar ke butik omar ali alamanda [man] - done. 17/6/10
  6. tudung + veil [aku] - pending. 18/6/10
  7. venue [jb/kl] - masih dalam perbincangan.
  8. make up - pending sebab venue pending.
  9. mini pelamin - pending sebab venue pending.
  10. goodies bag - mak dan makcik.
  11. menu/caterer - pending sebab venue pending.
  12. hantaran - pending sebab tunggu man balik malaysia. 25/6/10
  13. dulang + alas dulang - mak.
  14. photographer - pending sebab venue pending.
  15. hand bouquet - 30/7/10


phew!
yang ni je yang aku sempat ingat,
yang terlintas kat kepala.
budget baju memang lari.
da tak mampu nak kejar.

pending, pending, pending.
semua sebab venue.
kesian abah da serba salah.

lagi satu.
aku tengah kerisauan.
siapa tahu pasal butik massella plaza alam sentral, shah alam?
butik ni ok tak?
meh share dengan aku.

aku hantar baju kat sana.
tak tahu kenapa tak sedap hati.
ke perasaan ni normal?

minta-minta dipermudahkan segala usaha.
dan harap-harap sangat butik ni mampu buat baju yang mabeles dan gojes.
cuak gila.
kasut sekadar gambar hiasan.
ihsan mr google.
Monday, May 17, 2010

Direktori Perkahwinan

Posted in by wani | Edit

direktori perkahwinan.

cover direktori perkahwinan - datuk dr. sheikh muszaphar shukor sheikh mustapha dan tunang beliau dr. halina mohd. yunos.

bahan bacaan setebal 256 muka surat itu memberi tumpuan pada himpunan koleksi andaman, fesyen, aksesori dan hiasan serta senarai direktori kelengkapan perkahwinan dengan susunan reka letak dan persembahan muka depan yang segar dan eksklusif.
majalah yang dijual pada harga RM29.90 senaskhah itu telah berada di semua rangkaian kedai-kedai buku terkemuka di seluruh negara.

sumber: kosmo online.
Monday, May 3, 2010

Tempahan Baju

Posted in by wani | Edit


dua hari lepas aku pergi dua tempat. satu tempat sebab nak usha kain. satu lagi tempat sebab nak jumpa dengan tukang jahit/pereka fesyen. aku dapat banyak tip dan pengalaman. aku pergi sendiri ke butik udaimatunnur. HIGHLY RECOMMENDED. butik ni tawar perkhidmatan untuk wanita bertudung. bila aku caps lock itu bermakna aku serious. heh!



pengalaman aku dua hari lepas:

  1. JANGAN beli kain lagi. perkara paling penting sekali.

  2. pilih rekaan yang dikehendaki. rujuk majalah-majalah dan layari internet. banyak idea kat situ. pilih beberapa rekaan supaya senang nak buat pilihan.

  3. rujuk kepada siapa yang hendak jahit kain kamu (tukang jahit/pereka fesyen). buat temujanji dan jumpa.

  4. duduk berbincang dengan tukang jahit/pereka fesyen pilihan kamu. ambil seberapa banyak masa untuk berbincang. sila berbincang berkenaan:

    • rekaan yang kamu mahu (samada sesuai atau tak untuk kamu). sesuai merangkumi warna kulit dan ketinggian. tinggi 145 cm tapi kamu kain meleret-leret. sesuai ke tidak? adakah kamu akan nampak lebih tinggi atau semakin rendah?

    • warna sesuai untuk kain. ambil kira juga warna kulit kamu dan pasangan.

    • ukuran kain yang sesuai. sebab tu aku cadang jangan beli kain lagi dari mula. kamu beli cukup-cukup 5 meter tapi sebenarnya rekaan baju kamu memerlukan lebih dari 5 meter. rugi tak kat situ? elakkan berlaku pembaziran.

    • jenis kain yang sesuai dengan rekaan yang kamu nak. kadang-kadang kamu nak design macam A tapi kain tak sesuai. kat sini, kena rajin bertanya kepada tukang jahit/pereka fesyen.

    • bagi yang bertudung, minta pandangan tukang jahit/pereka fesyen berkenaan design yang sesuai untuk kamu. merangkumi bentuk muka dan cara pemakaian tudung.

    • veil. baju da sarat, tudung pun sama. so, veil jangan sarat juga. orang tengok pun jadi serabut.

    • bincang pasal kos. kena ingat, ada dua kos yang kamu kena fikir. pertama, kos beli kain termasuk lining, lace, veil dan tudung). kedua, kos buat/tempah baju.

    • tanya berkenaan dengan trial session. benda ni penting sebab mana tahu last minute nak kena alter bagai.

  5. sila bawa rakan-rakan kamu. sebab biasanya mereka sangat membantu.

  6. berbincang dengan pasangan.

aku harap tip-tip ni membantu. :)